Thursday, 25 August 2011

UMRAH ZIARAH AMMAN/JERUSALEM

 ATURCARA PERJALANAN

HARI 01 KUALA LUMPUR / AMMAN
Jemaah diminta berada di KLIA balai berlepas 3 jam sebelum penerbangan . Urusan check in akan dibantu oleh kakitangan kami . Penerbangan dijangka jam 10.10 malam .

HARI 02 AMMAN/JAMBATAN KINGHUSSEIN JERICHO / JERUSALEM (Sarapan/M.Tengahari/M.Malam)

Tiba di Amman, jemaah disambut oleh wakil kami dan terus dibawa sarapan pagi . Selepas sarapan pagi terus menuju ke Jambatan Raja Hussein untuk memasuki sempadan Jerusalem . Sebelum tiba di di Jerusalem , jemaah dibawa melawat ke Jericho (bandar tertua) . Makan tengahari di Jericho . Setiba di Jerusalem , terus check in hotel .



HARI 03 JERUSALEM CITY TOUR (Sarapan/M.Tengahari/M.Malam)
Lawatan dimulakan dengan lawatan ke Bukit Olives untuk menikmati permandangan indah dari atas bukit . Disini anda dapat menyaksikan pemandangan disekitar Bandar Jerusalem . Kemudian dibawa ke Chain Gate dan juga Masjid Al Aqsa , Dome of the rock . Kemudian dibawa solat di Masjid Al Aqsa . Selepas makan melawat sekitar Masjid Al Aqsa dan Makam Nabi Judean . Seterusnya dibawa ke King Faisal Gate . Selepas makan tengahari bertolak ke Pasar Lama Jerusalem dan juga tempat dikenali sebagai Cardo . Kemudian bertolak balik ke Jerusalem untuk check in hotel dan makan malam .


HARI 04 JERUSALEM / AMMAN(Sarapan/M.Tengahari/M.Malam)
Sarapan pagi di hotel . Lawatan dimulakan dengan melawat ke Bethlehen dan Hebron untuk melawat Al haran Al Ibrahimi dan tempat kelahiran Nabi Isa. Selesai makan tengahari melawat ke Rabaah El Adwieh . Selepas itu dibawa menyemberangi sempadan King Husseein utnuk balik ke Amman . Setiba di Amman dibawa melawat ke Bandar Amman dan juga Laut Mati . Kemudian dibawa makan malam sebelum bertolak ke Airport untuk meneruskan penerbangan ke Madinah.
 
HARI 05 AMMAN / MADINAH (Sarapan/M.Tengahari/M.Malam)
Setiba di Madinah jemaah akan disambut oleh kakitangan dan terus dibawa check in hotel. Seterusnya jemaah akan dibawa menziarahi makam Rasulullah S.A.W dan para sahabat, Raudhah dan perkuburan Baqi’. Selesai ziarah jemaah bebas untuk mengisi masa lapang dengan memperbanyakkan ibadah di Masjid Nabawi.
 
HARI 06 MADINAH (Sarapan/ M.Tengahari /M.Malam )
Jemaah akan di bawa menziarahi tempat-tempat bersejarah di sekitar Kota Madinah seperti Masjid Quba, Masjid Tujuh, Masjid Qiblatain, Makan Syuhada Uhud, dan diakhiri dengan berbelanja di Pasar kurma. Selesai ziarah ,jemaah dinasihati mengemas beg masing-masing sebagai persediaan ke Mekah esoknya .



HARI 07 MADINAH/ MEKAH (Sarapan/M.Tengahari/M.Malam)
Membuat persediaan untuk berihram seperti mandi sunat Ihram dan meletakkan beg masing-masing di luar bilik . Selepas solat zohor jemaah dinasihati menyempurnakan Ziarah selamat tinggal kepada Rasulullah S.A.W dan para sahabat . Selepas makan tengahari, dengan berpakaian ihram, jemaah dibawa ke Mekah dengan menaiki bas. Bas akan singgah di BIR ALI untuk miqat dan solat sunat ihram. Tiba di Mekah, jemaah akan dibawah check in hotel . Seterusnya jemaah dibawa menyempurnakan ibadah umrah dengan bantuan ustaz dan mutawwif yang berpengalaman .

HARI 08 MEKAH (Sarapan/M.Tengahari/M.Malam)
Jemaah bebas untuk memperbanyakan ibadah di masjid atau mengerjakan umrah sendiri .

HARI 09 MEKAH / JA’RANNAH (Sarapan/M.Tengahari/M.Malam)
Seterusnya jemaah akan dibawah menziarahi tempat-tempat bersejarah di sekitar kota Makkah iaitu Persekitaran Jabal Thur, Jabal Nur, Arafah (Jabal Rahmah), Mina dan Ja’ranah. Kepada jemaah yang ingin menunaikan umrah untuk kali seterusnya adalah dinasihatkan supaya berihram di Ja’ranah untuk miqat

HARI 10 MEKAH (Sarapan/M.Tengahari/M.Malam)
Jemaah bebas untuk memperbanyakan ibadah di masjid atau mengerjakan umrah sendiri .
 
HARI 11 MEKAH / HUDAIBIYAH (Sarapan/M.Tengahari/M.Malam)
Seterusnya jemaah akan dibawah ke Hudaibiyah , jemaah akan dibawa melawat Ladang susu Unta dan Muzium Mekah(tertakluk kepada kelulusan).Bagi yang hendak menunaikan umrah boleh bermiqat di Hudaibiyah . Seterusnya, Jemaah bebas untuk beribadat.

HARI 12-15 MEKAH (Sarapan/M.Tengahari/M.Malam)
Jemaah bebas untuk memperbanyakan ibadah di masjid atau mengerjakan umrah sendiri .

HARI 16 MEKAH / JEDDAH / AMMAN (Sarapan/M.Tengahari)
Jemaah dinasihatkan supaya menyempurnakan Tawaf Wida’ sebelum meninggalkan Mekah. Tiba di Jeddah Airport, jemaah diminta mengambil beg masing-masing untuk urusan Check in dan seterusnya berangkat ke Kuala Lumpur melalui Amman

HOTEL PENGINAPAN
AMMAN - HOTEL AMAKIN PLAZA
JERUSALEM - HOTEL NEW METROPOLE
MADINAH - HOTEL FAYROZ
MEKAH - HOTEL BURUJ HARAM

For further details, contact us at 03- 90803831

No comments:

Post a Comment