Promotion Between Bank Simpanan National(BSN) & Perangsang Vacation
Itinerary:
Hari 01 - Kuala Lumpur – Jeddah – Madinah
Jemaah diminta berada di KLIA balai berlepas 3 jam sebelum waktu berlepas. Urusan daftar masuk pesawat akan dibantu oleh kakitangan kami. Setiba di Jeddah, jemaah akan disambut oleh kakitangan kami yang menunggu diairport dan setelah urusan airport selesai jemaah berlepas ke Madinah dengan menaiki bas. Tiba di Madinah jemaah terus dibawa check in di hotel.
Hari 02 – Madinah
Jemaah dibawa berziarah (ziarah dalam) di Masjid Nabawi antaranya Makam Rasullullah serta Khalifah Abu Bakar dan Saydina Umar , Raudhah dan Medan Perkuburan Baqi. Selesai ziarah jemaah bebas dengan acara masing – masing.
Hari 03 – Madinah
Dengan diiringi oleh mutawwif jemaah akan dibawa melawat (ziarah luar) disekitar Madinah seperti Masjid Quba, Jabal-Uhud, Masjid Dua Kiblat dan Medan Perang Kandak dan berbelanja di Pasar Tamar. Selesai ziarah jemaah bebas dengan acara sendiri .
Hari 04 – Madinah – Mekah
Jemaah akan berangkat ke Mekah dengan menaiki bas . Jemaah dinasihati memakai ihram dan berwuduk dari bilik hotel . Kemudian jemaah akan dibawa bermiqat ditempat miqat yang dinamakan Bir Ali. Selesai bermiqat , terus bertolak ke Mekah . Jemaah dinasihati untuk memperbanyakkan membaca Talbiah sepanjang perjalanan . Sampai di Mekah jemaah akan dibawa ke hotel. Selepas itu jemaah akan diberitahu oleh Mutawwif untuk menyempurnakan ibadah umrah.
Hari 05 - Mekah
Acara bebas. Jemaah boleh melakukan ibadah umrah sendiri.
Hari 06 - Mekah
Jemaah akan dibawa melawat kawasan bersejarah di sekitar Mekah seperti Jabal Nur, Jabal Thur, Arafah, Muzdalifah, Mina dan akhirnya berpeluang untuk berniat umrah di Jaaranah bagi yang berhajat untuk menunaikan umrah.
Hari 07 - Mekah
Acara bebas. Jemaah boleh melakukan ibadah umrah sendiri.
Hari 08 - Mekah
Jemaah akan dibawa melawat Muzium Sejarah Mekah,(tertakluk kepada keizinan pihak berkuasa), ladang ternakan unta serta berniat umrah di Hudaibiyah bagi yang berhajat untuk menunaikan umrah .
Hari 09 – 11 – Mekah
Acara bebas. Jemaah boleh melakukan ibadah umrah sendiri.
Jemaah akan melakukan Tawaf Wadaq (Tawaf selamat tinggal) sebelum bertolak ke Jeddah. untuk meneruskan penerbangan ke Kuala Lumpur.
Hari 13 – Kuala Lumpur
Dijangka tiba di Kuala Lumpur.
Further information, visit : www.perangsangvacation.com
For further details, contact us at 03- 90803831
No comments:
Post a Comment